Frequently Asked Questions - All FAQs

FAQs - All FAQs

Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.(KTN Sek.5) Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun. Perbezaan 'Cukai Tanah' dan 'Cukai Taksiran'? Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Port Dickson dan perlu dibayar dua kali setahun.Bil cukai taksiran berwarna biru. (Akta.K. Tem 171) manakala Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri (KTN Sek. 5).Bil cukai tanah berwarna kuning.