OBJEKTIF UNIT PENDAFTARAN

- Melaksanakan urusan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga dengan teratur dan sempurna mematuhi kehendak Kanun Tanah Negara.

- Memastikan keselamatan dokumen dan mengawal pendaftaran.

- Mewujudkan Sistem Pentadbiran Hakmilik dan segala sistem penyimpanan jenis rekod-rekod tanah mengikut kehendak Undang-Undang dan cara yang cekap dan berkesan untuk tujuan perancangan dan perkhidmatan kepada orang ramai.

 

FUNGSI UNIT PENDAFTARAN

- Memproses pendaftaran urusniaga.

- Memproses pendaftaran bukan urusniaga.

- Memproses pendaftaran hakmilik sementara.

- Memproses pendaftaran hakmilik kekal.

- Membuat catatan pada hakmilik daftar (DHDK)

- Memproses permohonan perintah jual.

- Memproses pembahagian harta pusaka kecil.