OBJEKTIF

Mengurus, mengendali dan mempertingkatkan pungutan pelbagai hasil tanah bagi mengukuhkan kewangan kerajaan negeri.

 

 

FUNGSI

- Menguruskan penerimaan bayaran cukai tanah dan hasil tanah.
- Mengutip bayaran urusniaga dan bukan urusniaga.
- Mengawal selia, melaksana dan memantau penyediaan dan penghantaran bil - bil cukai tanah tahunan.
- Mengurus penyediaan penyata kutipan hasil, buku tunai cerakinan dan penyata penyesuaian flimsy.
- Mengurus perancangan tentang pungutan cukai tertunggak dan hasil tanah.
- Mengurus penyediaan dan pemantauan Notis 6A dan Notis 8A serta proses perampasan tanah.
- Mengurus penyemakan dan pengemaskinian data dan maklumat hakmilik tanah.