ππ ππ€ππ¨πππ« ππππ (πππ₯ππ¬π)
ππ₯ππ§π πππ¬π¨π«π πππ«ππ¦πππ§
Seramai 25 orang peserta dari Pentadbiran ini telah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan PDTPD. Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) kepada setiap perjawatan dalam jabatan serta memaklumkan kaedah pemadanan yang boleh dilaksanakan di peringkat jabatan menguna pakai maklumat daripada Data Perjawatan HRMIS.
Pentadbiran ini ingin mengucapkan penghargaan terima kasih buat Encik Syed Muzaffar bin Syed Mohamad dan Encik Mohamat Safuan bin Jaafar dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atas kesudian hadir untuk sesi perkongsian ilmu. Syabas jua diucapkan buat semua peserta. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat buat semua.