๐๐ ๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ฎ ๐๐๐ฌ๐ข๐ค ๐๐ข๐ฅ๐ฅ๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ ๐๐จ๐ซ๐ญ ๐๐ข๐๐ค๐ฌ๐จ๐ง Pentadbiran ini telah mengadakan Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan PDTPD. Objektif utama kursus ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan pengukuhan integriti penjawat awam dalam melaksanakan tugas serta peranan sebagai agen perubahan kepada organisasi dalam aspek pemantapan integriti. Pentadbiran ini ingin mengucapkan penghargaan terima kasih buat Puan Shahlene a/p Kaliappan, Penolong Setiausaha Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Puan Faridah binti Mahabob, Penolong Kanan Penguasa, SPRM Port Dickson serta Tuan Muhamad Naim bin Hj Amir, Timbalan Pengarah Penjara Seremban atas kesudian hadir untuk sesi perkongsian ilmu. Syabas jua diucapkan buat semua peserta. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat buat semua. |