PORT DICKSON – Majlis penyampaian sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) peringkat DUN Linggi telah diadakan pada 27.12.2024 (Jumaat) bertempat di Balairaya Kg Permatang Pasir, Linggi. Jumlah penerima bantuan adalah seramai 39 orang, iaitu mangsa yang telah berdaftar dan diarah berpindah ke 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka semasa berlakunya bencana banjir pada Ogos 2024. PPS yang terlibat adalah PPS Kg. Permatang Pasir, PPS Kg. Sungai Raya dan PPS Tanjung Agas.
Sumbangan berupa wang tunai bernilai (RM1,000.00) kepada setiap ketua keluarga mangsa bencana banjir oleh kerajaan Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta beberapa sumbangan daripada beberapa agensi kerajaan negeri berupa barangan makanan asas bagi meringankan sedikit bebanan mangsa selepas ditimpa bencana.
Penyampaian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Faizal bin Ramli (ADUN Kawasan Linggi).
Majlis yang diurus setiakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson ini melibatkan beberapa agensi kerajaan daerah yang dijemput termasuk APM, BOMBA, JKM, Ketua Polis Balai Linggi dan Pengerusi-Pengerusi JPKK yang terlibat dan merupakan sebahagian barisan hadapan ketika berlakunya bencana.