17 November 2024 | Ahad Program Lawatan Turun Padang YAB Menteri Besar ke Parlimen Port Dickson telah diadakan pada 17 November 2024. Turut sama dalam lawatan ini adalah Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, AADK dan JKM. Seramai 3 penerima bantuan banjir telah diberikan di Bagan Pinang. Bantuan seterusnya diberikan kepada penerima bantuan JKM di Kg Sawah Bukit Pelanduk. Penerima bantuan AADK diberikan di Kg Jimah Baru, Taman Astana Harmoni, Lukut dan Kg Jawa Bukit Pelanduk. Lawatan dimulakan dari Kg Teluk, Pasir Panjang melibatkan penerima bantuan bagi mangsa kebakaran rumah dan di akhiri di Masjid Kg Chuah dengan penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan Baiti Jannati daripada TNB. Selain menyampaikan sumbangan daripada PPN, JKM dan AADK, YAB MBNS turut melawat berapa projek bagi Program Sejati Madani iaitu Projek Penanaman Nanas di Kg Jimah Baru dan Projek Penanaman Pisang di Kg India Bukit Pelanduk. Terdapat 2 buah masjid telah dilawati oleh YAB MBNS iaitu Masjid Kg Sawah Bukit Pelanduk yang dalam pembinaan dan Masjid Kg Chuah (telah siap) kerja-kerja naiktaraf selain projek Dewan Kg Sawah Bukit Pelanduk turut dilawati. Semasa lawatan ini dijalankan, YAB MBNS turut menyantuni penduduk sekitar yang turut sama hadir mengambil kesempatan berjumpa YAB MBNS. Terima kasih diucapkan kepada agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini iaitu PPN, AADK, JKM, JAB PERTANIAN, MPPD dan JPKK yg terlibat. |
![MB6](https://pdtpd.ns.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/MB6-1-1024x768.jpg)
![MB5](https://pdtpd.ns.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/MB5-1-1024x768.jpg)
![MB4](https://pdtpd.ns.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/MB4-1-768x1024.jpg)
![MB3](https://pdtpd.ns.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/MB3-1-1024x768.jpg)
![MB2](https://pdtpd.ns.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/MB2-1.jpg)
![MB1](https://pdtpd.ns.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/MB1-1.jpg)