10 โ 12 ๐ต๐๐๐๐๐๐๐ 2024 (๐จ๐๐๐ -๐บ๐๐๐๐๐)
Seramai 43 orang peserta dari Pentadbiran ini telah menyertai lawatan yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan PDTPD ke PDT Jerantut sebagai medium perkongsian ilmu. PDT Jerantut telah mendapat penarafan 5 bintang bagi audit ๐๐ต๐ข๐ณ ๐๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐บ๐ด๐ต๐ฆ๐ฎ (SSR) 2022. Lawatan ini juga bertujuan memantapkan pencapaian standard pengurusan dan pentadbiran tanah bagi membantu persiapan PDTPD ke arah penarafan 5 bintang pada masa hadapan.
Selain itu, sesi Perancangan Pelan Strategik jabatan juga telah dilaksanakan bagi menterjemah peranan dan tanggungjawab Jabatan ke dalam satu bentuk perancangan yang lebih strategik, berdaya laksana dan mampu memenuhi perkhidmatan yang ditetapkan.
Pentadbiran ini ingin mengucapkan penghargaan terima kasih buat Encik Muhammad Farid Wajdi bin Hanif atas kesudian hadir untuk sesi perkongsian ilmu. Syabas jua diucapkan buat semua peserta. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat buat semua.