26 Oktober 2024
En. Ahmad Syafiq bin Amin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Port Dickson, mewakili puan Pegawai Daerah Port Dickson, hadir di Majlis Perasmian Program Latih Amal & Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 yang dirasmikan oleh YB Tuan Choo Ken Hwa, ADUN Lukut. Program yang berlangsung di Dewan Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson ini juga turut dihadiri 26 wakil dari pelbagai agensi dan JPKK Daerah Port Dickson.