Mukim Port Dickson

Mukim Port Dickson merupakan pusat pentadbiran daerah kerana di sini terletaknya bandar Port Dickson yang merupakan nadi atau penggerak utama sektor pentadbiran dan ekonomi di daerah ini. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti didikuti dengan kaum Cina dan India. Kegiatan atau sumber ekonomi yang utama di sini ialah sektor perindustrian, perniagaan, nelayan dan perhotelan. Kilang penapis minyak Esso dan Shell merupakan contoh perindustrian utama yang ada di mukim Port Dickson. Contoh-contoh hotel di mukim Port Dickson adalah seperti Glory Beach Resort, Le Paris, Corus dan Sunshine Bay. Mukim Port Dickson juga mempunyai beberapa produk pelancongan seperti Kota Lukut dan Makam DiRaja Selangor di Pekan Lukut.

Port Dickson merupakan pintu masuk utama pelawat dari luar negara ke Negeri Sembilan kerana di sini terdapat pelabuhan feri penumpang dari Indonesia. Selain daripada Itu terminal bas dan teksi yang merupakan kompleks pengangkutan utama yang menghubungkan Port Dickson di antara bandar-bandar lain di seluruh Negeri Sembilan termasuk Kuala Lumpur.


Mukim Si Rusa

Mukim Si Rusa terkenal dengan pantainya yang cantik dan landai iaitu Pantai Saujana atau lebih dikenali dengan nama Pantai Batu 4. Melayu merupakan penduduk majoriti diikuti dengan kaum Cina dan India. Perhotelan merupakan sektor ekonomi utama di mukim ini diikuti sektor kerajaan, perniagaan, nelayan dan pertanian. Contoh-contoh hotel yang terdapat di sini ialah Golden Straits Villas (GSV), Avillion Port Dickson, Bayu Beach Resort, Seri Malaysia, Selesa Beach Resort dan berbagai lagi. Di mukim ini juga terdapat pusat pengajian seperti Politeknik Port Dickson yang menawarkan berbagai-bagai kursus kemahiran di peringkat sijil dan diploma. Produk pelancongan utama ialah Muzium Angkatan Tentera yang mana merupakan memorial perang yang terbesar di Malaysia. Selain daripada itu ialah Pantai Teluk Kemang.


Mukim Pasir Panjang

Mukim Pasir Panjang bermula dari PoliTeknik di Batu 9, Jalan Pantai menganjur hingga Ke Ayer Hitam di Pengkalan Kempas. Pecahan penduduk terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Sektor ekonomi utama bagi penduduk di mukim ini ialah nelayan dan pertanian. Ini adalah kerana di dalam kawasan mukim ini terdapat banyak hutan paya bakau yang amat sesuai bagi penangkapan ikan dan terdapat beberapa ladang kelapa sawit. Selain daripada itu perhotelan juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi di sini. Di antara hotel-hotel tersebut ialah Thistle Port Dickson, Ilham Beach Resort, Rachado Beach Point, Lexis Hibiscus Port Dickson, Primaland Port Dickson, Eagle Ranch dan PD Sanctuary Apartment.Di sini juga terdapat banyak produk-produk pelancongan seperti Hutan Rekreasi Pasir Panjang, Rumah Api Tanjung Tuan, Eagle Ranch Resort, Kuala Sungai Linggi dan perkampungan nelayan Sungai Sekawang


Mukim Jimah

Majoriti penduduk yang terbesar di sini ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Kegiatan ekonomi yang utama di sini ialah perladangan sawit, perniagaan dan nelayan.Keujudan pusat tenaga seperti Jimah Power dapat meningkatkan lagi peluang ekonomi dan pekerjaan bagi penduduk setempat di mukim ini. Produk pelancongan yang terkenal di mukim ini ialah Kelong Memancing Kuala Lukut yang mana menjadi tarikan utama bagi kaki-kaki pancing dari seluruh Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Kelang. Kemudahan chalet, restoran dan umpan juga disediakan. Selain daripada itu, produk baru pelancongan di sini ialah kolam air panas yang terletak di Ladang Chin Teck, Bandar Spring Hill.


Mukim Linggi

Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dalam kawasan mukim ini. Selebihnya adalah orang Cina dan India. Sektor ekonomi yang terbesar dan utama di sini Ialah sektor pertanian. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas merupakan produk utama pelancongan di sisi. Ianya ditadbir oleh Jabatan Muzium Negara. Selain daripada itu Sungai Linggi dan Jeti Pengkalan Kempas merupakan produk pelancongan Yang kaya dengan flora dan fauna. Keindahan alam semulajadi dapat disaksikan bila kita menyusuri Sungai Linggi ini. 

 

 pengumumanHEBAHAN PORT DICKSON 
baru  

Notis Pendaftaran PEMERKASA - PEJABAT DAERAH PORT DICKSON & MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON- PEJABAT DAERAH PORT DICKSON & MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON- Dikemaskini pada 22.06.2021

baru  :

 Pelanggan yang budiman,
 Bagi tempoh lockdown 1Jun-14Jun 2021, sebarang urusan hendaklah dibuat melalui temujanji.

 Bagi pembayaran cukai tanah pula, ianya boleh dibuat melalui link berikut:
 https://ptgns.ns.gov.my/fpx/fpxv2_qrycukai.php

 Capaian Link Online https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
 Pemakluman

 baru 

 :

 PEMAKLUMAN CONSENT ARAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
 Notis Pemakluman
 
Senarai Semak Consent

 baru   :

 PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH PORT DICKSON SEMPENA RAMADAN 2021
 Teks Ucapan

baru  :

 PROGRAM ANUGERAH KEJIRANAN HIJAU 2021 (AKH 2021)
 Jemputan Penyertaan

baru  :

 KEMPEN JOM BAYAR CUKAI TANAH NEGERI SEMBILAN 2021
 Terma & Syarat
 
Poster