Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson

  

  awam                 

penyertaan 1

                 public                 download                

Untitled 1

                   pelancongan 1
ORANG AWAM e-PENYERTAAN    WARGA PDTPD  MUAT TURUN      GALERI
PELANCONGAN
SISPAA PDTPD
LELONGAN
IKLAN SEBUTHARGA
PENGUMUMAN

sispaa

KEPADA PENGGUNA BARU SISTEM SISPAA SEBARANG KESULITAN BERKAITAN SISPAA BOLEH BERHUBUNG DENGAN PENTADBIR SISTEM SISPAA, 

> BORANG PERMOHONAN BARU ID SISTEM

> BORANG PERMOHONAN RESET KATALALUAN

 

PERISYTIHARAN JUALAN BULAN JUNE 2021

AKAN MENJUAL DENGAN LELONGAN AWAM

 

Tiada Lelongan Awam yang terkini.

WhatsApp Image 2021 06 05 at 12.12.04

 

 SOALAN LAZIM

 

Apakah Cukai Tanah?

Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.(KTN Sek.5)

Bilakah cukai tanah perlu dijelaskan?
Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

Perbezaan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran?
Cukai Tanah dan Cukai Taksiran adalah 2 jenis cukai yang berbeza , Cukai Taksiran adalah dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah (Akta.K. Tem 171). Cukai Tanah wajib dibayar setiap tahun kepada pihak Berkuasa Negeri (KTN Sek. 5) melalui Pejabat Tanah.

Apa Akan Terjadi Jika Hasil/Cukai tidak dibayar selepas 31 Mei setiap tahun ?
Jika tidak dibayar selepas 31 Mei, cukai tanah akan menjadi tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri. Tunggakan ini akan dikenakan DENDA LEWAT kepada kadar yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri daripada jumlah tunggakan (KTN Sek 93,94(2)).

Apa akan terjadi jika Hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar?
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan menghantar Borang 6A kepada tuan tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan.  Bayaran notis 6A sebanyak RM 10.00 setiap hakmilik akan dikenakan.(KTN Sek 97).

Apa akan terjadi jika hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar dalam tempoh 3 bulan Notis 6A di serahkan?
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas MENJADI MILIK KERAJAAN sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang. (KTN Sek 100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131). Perampasan akan diisytiharkan dalam Borang 8A dan diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri. (KTN Sek. 131). Dengan terjadinya perampasan, anda tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut

Bagaimana anda boleh membayar Hasil/Cukai?
nda boleh membayar cukai Tanah di kaunter Pejabat Tanah dan Pejabat Pos. Anda juga boleh membayar cukai Tanah melalui pos menggunakan wang pos, cek berpalang (A/C Payee Only) dan Bank Draft di atas nama Pentadbir Tanah Rembau

Apakah yang perlu dilakukan jika alamat pemilik tanah berubah?
PERUBAHAN ALAMAT PEMILIK TANAH HENDAKLAH DIMAKLUMKAN KEPADA PENTADBIR TANAH REMBAU DENGAN SEGERA. Sila catatkan (di belakang bil semasa membuat bayaran)

  • Nama
  • Nombor MyID / KP dan
  • Alamat baru pemilik tanah

Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?
Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan dikemukakan kepada Pentadbir Daerah dan Tanah yang berkenaan (lokasi tanah tersebut) pada atau sebelum 28 Februari dengan melengkapkan borang permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah tersebut.

Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat didaerah-daerah lain?
Boleh. Cukai tanah boleh dibayar di mana - mana Kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah di dalam Negeri Sembilan. Pembayaran Cukai Tanah juga boleh dibayar melalui online dengan melayari laman web http://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html

 

 pengumumanHEBAHAN PORT DICKSON 
baru  

Notis Pendaftaran PEMERKASA - PEJABAT DAERAH PORT DICKSON & MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON- PEJABAT DAERAH PORT DICKSON & MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON- Dikemaskini pada 22.06.2021

baru  :

 Pelanggan yang budiman,
 Bagi tempoh lockdown 1Jun-14Jun 2021, sebarang urusan hendaklah dibuat melalui temujanji.

 Bagi pembayaran cukai tanah pula, ianya boleh dibuat melalui link berikut:
 https://ptgns.ns.gov.my/fpx/fpxv2_qrycukai.php

 Capaian Link Online https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
 Pemakluman

 baru 

 :

 PEMAKLUMAN CONSENT ARAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
 Notis Pemakluman
 
Senarai Semak Consent

 baru   :

 PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH PORT DICKSON SEMPENA RAMADAN 2021
 Teks Ucapan

baru  :

 PROGRAM ANUGERAH KEJIRANAN HIJAU 2021 (AKH 2021)
 Jemputan Penyertaan

baru  :

 KEMPEN JOM BAYAR CUKAI TANAH NEGERI SEMBILAN 2021
 Terma & Syarat
 
Poster