OBJEKTIF UNIT TANAH
- Memastikan penggunaan tanah yang maksima dan berkesan dengan kos pentadbiran yang serendah-rendahnya;
- Mengawal, menyelenggara dan menyelaras Tanah Kerajaan supaya tidak dicerobohi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawb dan mengadakan sistem pengurusan pembangunan tanah yang cekap dan berkesan;
- Memberikan perkhidmatan - perkhidmatan berdasarkan kepada Undang-Undang Tanah;
- Menguatkuaskan undang-undang tanah di dalam negeri supaya pembangunan tanah-tanah dapat diselaraskan seiring dengan Pembangunan Negeri Sembilan.
FUNGSI BAHAGIAN
a) Fungsi Pendaftaran Hakmilik
- Mendaftarkan hakmilikbaru (sementara/kekal)
- Mendaftarkan surat cara urusniaga dan bukan urusniaga
- Membuat endorsan nota seperti Notis 6A/8A, tukar syarat, pecah sempadan, pengambilan balik tanah dan lain-lain.
- Pindaan maklumat hakmilik dalam Sistem SIHATNS.
b) Fungsi Pelupusan Tanah
- Menerima dan mendaftar permohonan tanah.
- Mendapatkan ulasan Jabatan Teknikal.
- Menyediakan kertas pertimbangan Jawatankuasa Tanah Daerah.
- Menyediakan pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
- memproses Rayuan permohonan Tanah.
c) Fungsi Pembangunan Tanah
- Menerima dan mendaftar permohonan.
- Mendapatkan ulasan Jabatan Teknikal.
- Mendapatkan nilaian tanah untuk bayaran tambahan dan menyediakan borang 7G.
d) Fungsi Pengambilan Balik Tanah
- Menerima dan mendaftar permohonan.
- Mendapatkan laporan Jabatan Teknikal.
- Menyediakan kertas untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
- Perwartaan
- Perbicaraan
- Penyediaan Borang K
- Bayaran Pampasan.