Laman Web Rasmi
  1. Home
  2. Aktiviti
  3. LAWATAN KERJA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN DAN PROGRAM PENYERAHAN KIOSK PINTAR HEMAT EPTGNS…

LAWATAN KERJA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN DAN PROGRAM PENYERAHAN KIOSK PINTAR HEMAT EPTGNS KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON

12 SEPTEMBER 2024 | KHAMIS

Delegasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian yang diketuai oleh Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan) disambut baik oleh Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dengan diketuai oleh Puan Nurhazelin binti Makli (Pegawai Daerah Port Dickson) dan semua ketua bahagian/unit serta kakitangan di Pentadbiran ini.

Penyerahan Kiosk Pintar Hemat ePTGNS ini diharapkan dapat membantu pemilik tanah dan pihak berkepentingan dalam urusan bayaran cukai tanah dan pembelian carian hakmilik tanpa perlu melalui kaunter Hasil.

Setinggi penghargaan diucapkan buat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan kerana memilih Daerah Port Dickson sebagai destinasi pertama bagi lawatan kerja beliau ke pejabat-pejabat tanah Negeri Sembilan.

Semoga bantuan dan sokongan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan di Daerah Port Dickson khususnya akan berterusan di masa akan datang.

*Cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik berdaftar. Semak dan jelaskan cukai tanah anda sekarang!*

Skip to content