Lawatan Kerja YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson
11 September 2023 (Isnin) | 3:00 petang
Lokasi : Kompleks Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson
Ketibaan YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan disambut oleh Puan Nurhazelin binti Makli (Pegawai Daerah), barisan pegawai serta warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.
Lawatan kerja dimulai dengan sesi bergambar dan disusuli sesi kunjungan YB Dato’ ke semua unit di PDTPD. Usai kunjungan tersebut, satu sesi taklimat Pentadbiran telah disampaikan oleh Puan Pegawai Daerah dan YB Dato’ juga telah menyampaikan amanat buat warga PDTPD di Bilik Gerakan Utama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian YB Dato’ mengadakan lawatan kerja ke Pentadbiran ini. Moga dengan suntikan semangat yang diberikan oleh YB Dato’, warga PDT Port Dickson dapat menggalas tanggungjawab dengan lebih baik.