logo

Latar Belakang

Daerah Port Dickson merupakan daerah kedua terkecik diantara 7 daerah yang lain di Negeri Sembilan. Keluasan Daerah dianggarkan seluas 572.35 km persegi dan jumlah penduduk dianggarkan seramai 117,379 orang terbahagi 55,039 (lelaki) dan 62,340 (perempuan). Kawasan pentadbiran meliputi 5 mukim yamg diuruskan oleh 4 Penghulu Mukim iaitu Mukim Jimah, Mukim Port Dickson, Mukim SiRusa, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Linggi, Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan telah memberi tanggungjawab kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson untuk mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan sosial dan pengurusan hartanah diseluruh Daerah Port.

Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson (PDT Port Dickson) yang pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson adalah diterajui oleh seorang Pegawai Daerah dan dibantu oleh 120 orang pegawai & kakitangan. Pejabat ini mempunyai empat bahagian yang beroperasi bagi menjana pentadbiran di daerah Port Dickson iaitu Bahagian Pengurusan Tanah, Bahagian Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Perundangan. Setiap bahagian terbahagi kepada beberapa unit yang lain bagi membolehkan segala urusan pentadbiran diselenggara dengan baik.

Visi PDT Port Dickson menjadikan Port Dickson sebuah daerah yang maju, berdaya saing berasaskan industri pelancongan dan pembangunan seimbang secara berterusan bagi mencapai Wawasan 2020. Manakalan misi PDTDT Port Dickson adalah mengoptimumkan Tadbir Urus Daerah Port Dickson bagi mencapai kesejahteraan rakyat.

Objektif PDT Port Dickson

  • Meningkatkan hasil melalui kutipan cukai tanah, premium pembangunan dan lain-lain sumber.
  • Menggembleng anggota perkhidmtan awam yang kompeten ke arah kecemalangan penyampaian.
  • Memperkasakan penggunaan ICT dalam urusan pentadbiran selaras dengan dasar K-Elektronik
  • Meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui perlaksanaan program pembangunan secara berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat.
  • Menyebarluaskan kebolehcapaian maklumat kepada rakyat selaras dengan dasar merakyatkan maklumat.
  • Berperanan sebagai sumber rujukan dan menyelaras aktiviti agensi negeri dan persekutuan di peringkat daerah.
Skip to content