PENILAIAN AKHIR SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) PENTADBIRAN TANAH TAHUN 2023 BAGI PDT PORT DICKSON
12-14 September 2023 | PDT Port Dickson
Alhamdulillah Penilaian Akhir Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2023 bagi PDT Port Dickson telah selesai dengan jayanya.
Pentadbiran ini adalah antara 32 Pejabat Tanah terpilih di Semenanjung Malaysia untuk Pelaksanaan SSR Pentadbiran Tanah Tahun 2023.
Ribuan terima kasih kepada Pasukan Panel Penilaian Auditan SSR diketuai oleh YBrs. Dr. Amirul Haffiz bin Ariff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor yang telah membuat penilaian auditan di Pentadbiran ini.
Tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan warga kerja PDT Port Dickson atas pencapaian 4 bintang dalam Penarafan Bintang SSR Pentadbiran Tanah.