Laman Web Rasmi
  1. Home
  2. Arkib
  3. TAKLIMAT & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PENGGAL…

TAKLIMAT & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PENGGAL 2023-2025 DAERAH PORT DICKSON

TAKLIMAT & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PENGGAL 2023-2025 DAERAH PORT DICKSON
Akademi DRB HICOM, Pasir Panjang Port Dickson
Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson telah mengadakan Sesi Taklimat & Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Penggal 2023-2025 melibatkan 37 kampung di Daerah Port Dickson yang disampaikan oleh YB ADUN kawasan Linggi, Lukut dan Sri Tanjung diiringi Pegawai Daerah.
Pengerusi & Setiausaha turut diberikan taklimat daripada Jabatan/Agensi UPPIAU, JPS, APM, PKD, IPD dan AADK khususnya isu keselamatan kampung dan persediaan Monsun Timur Laut.
Turut dihadiri Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bagi sesi penyerahan Tabung Peduli Palestin kepada JPKK di Daerah.
Semoga dengan pelantikan serta sesi perkongsian ilmu yang diberikan dapat memperkasa isu pentadbiran khususnya dalam mengemudi pembangunan dan keselamatan kampung.
Selamat Berkhidmat kepada semua!
Skip to content